fbpx

Ini Jawapan Aishah Terhadap Permintaan DSV

Sebelum ini, pihak Aishah terlebih dahulu menuntut Datuk Seri Vida (DSV) untuk memohon maaf secara terbuka sekali dengan permintaan agar Vida turut menggantikan rantai berlian sebelum ini dengan nilai setara RM80,000.

BACA: Jika Aishah Tunaikan 3 Perkara, DSV Sedia Mohon Maaf

Bagaimanapun setelah sidang media bersama DSV diadakan, usahawan kosmetik itu pula tampil dengan 3 perkara sebelum dia membuat permohonan maaf. Tidak mahu mengulas lanjut perkara tersebut atas nasihat peguam, Aishah punya jawapan tersendiri berkaitan permintaan itu.

“Setakat ini saya telah dinasihatkan pihak peguam untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan. Bagi saya masa dan ruang berbincang terlebih dahulu,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Bagaimanakan kesudahan isu ini masihlah tidak diketahui. Apa pun pastinya peminat dan pengikut setia industri seni tempatan mahu ia berakhir dengan baik. Sementara itu, bagi pihak Persatuan Karyawan Malaysia, kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan Vida sepanjang perkara itu terjadi membuatkan penggiat seni terkilan. (rtky/s)