“Ini Hanyalah Salah Faham…” – Kamal Adli Mohon Maaf Kepada Uqasha

Pelakon Kamal Adli berkata dia tiada niat membuka kisah lama pihak susulan kenyataannya mengenai fasa terendah ketika menjalani penggambaran filem Takluk 2: OP.

Memetik Astro Gempak, Kamal berkata dia hanya mahu menghargai mereka yang memberi sokongan kepadanya ketika dia menjalani penggambaran filem berkenaan.

BACA: “Rasaya Tak Perlu Nak Cerita…Saya Dah Tak Sentuh Langsung Lepas Bercerai” 

“Sebenarnya tiada salah, tiada apa-apa pun. Ia bukanlah salah bual. Ketika sidang media Takluk, saya ditanya apa cabaran sepanjang penggambaran itu.

“Ketika itu, niat saya sebenarnya nak berterima kasih kepada krew dan mereka yang terlibat kerana banyak beri sokongan pada saya untuk menghabiskan filem tersebut. Kerana ketika itu adalah fasa down saya,”katanya.

Sementara itu, Kamal turut memohon maaf kepada Uqasha jika perkara itu mengguris hatinya serta tidak mahu mencetuskan sebarang pergaduhan dengan bekas isterinya. 

“Ini hanyalah salah faham dan saya tiada niat nak tembak sesiapa.  Dari pihak saya, saya nak minta maaf. Saya tak mahu gaduh dan saya pun sedang gembira bersama anak. Dengan Uqasha pun tiada masalah. Kami banyak berkomunikasi antara satu sama lain terutama melibatkan Hawra.

“Kalau perkara itu buat dia terasa, saya minta maaf pada dia dan netizen. Saya harap tiada lagi sesi kecam mengecam. Cerita dah lama habis dan basi. Saya minta maaf sekali lagi. Saya terkejut dan saya harap perkara ini tidak dipanjangkan lagi. Saya faham dia nak hidup dengan tenang,” katanya. 

Sumber: Astro Gempak

×