fbpx

Ini Cara Mudah Untuk Berjimat Setiap Bulan

Okay, sekarang sudah berapa haribulan dan cuba tengok dompet anda. Selepas itu cuba kira berapa perbelanjaan anda selepas dapat gaji? Jika jumlah digit di dalam bank berkurang terlalu banyak, sudah sampai masa anda melakukan sesuatu demi kebaikan masa hadapan.

Cuba kaji balik perbelanjaan anda banyak habis di bahagian mana. Jika kaum wanita, kebanyakannya mesti habis di bahagian penjagaan diri. Itulah, tidak dapat dinafikan kadang-kadang harga set penjagaan kulit atau perkara berkaitan dengannya memang tinggi.

Tapi anda sedar tak, contohnya setiap kali anda pergi ke Watson’kan, mesti ada barangan berjenama Watsons. Ha, inilah sebenarnya ramai yang tak tahu. Selalu yang ramai ambil ialah mask jenama Watsons. Sebab apa ramai yang ambil? Sebab mask itu fungsinya sama saja dengan yang berjenama tapi harga jauh lebih jimat.

Tak percaya? Bukan nak cakap apalah, ramai saja sebenarnya barisan selebriti pun yang memang pengguna tegar produk berjenama Watsons.

Jadi, sekarang ini pula, Watsons mahukan anda untuk menang 2 buah kereta Mazda CX-5. Terhad tahu, ada 2 buah unit saja. Pertandingan ini sudah pun bermula sekarang dan akan berakhir pada 7 November 2018.

Cara nak masuk dan berpeluang menang kereta ini cukup mudah. Jom kami kongsikan caranya. Untungnya sambil berjimat boleh menang Mazda sebiji!

1. Belanja RM50 (pembelian barangan berjenama Watsons berharga RM50 ke atas) = 1 penyertaan

2. Belanja RM50 (pembelian barangan Watsons yang *terpilih berharga RM50 ke atas) = 2 penyertaan

3. Jadi Elite Member dan buat pembelian barangan berjenama Watsons berharga RM50 ke atas = 10 penyertaan

*Antara barangan berjenama Watsons terpilih yang terlibat ialah:

1. Collagen by Watsons
2. Hair System by Watsons
3. Naturals by Watsons
4. Target Pro by Watsons
5. Water360 by Watsons

Untungnya jadi Elite Member Watsons. Jadi apa tunggu lagi! Terjah Watsons berdekatan dengan anda dan dapatkan pelbagai penjimatan dan tawaran menarik.

Belum menjadi ahli Watsons? Jangan bimbang, terjah saja cawangan Watsons berdekatan anda untuk mendaftar. Nak lagi senang, ikut Watsons di Facebook dan juga Instagram untuk mendapatkan perkembangan terkini mereka.

Peraduan ini merupakan sebahagian dari Kempen Tukar dan Jimat dengan Jenama Watsons yang dilancarkan pada 2016, dimana ia menggalakkan ahli Watsons dan pelanggan Watsons untuk bertukar kepada kualiti yang hebat dengan penjimatan yang lebih baik dengan produk Jenama Watsons.

Dalam menghasilkan produk Jenama yang selamat dan berkesan demi memenuhi kehendak pelanggan Watsons, setiap produk akan melalui kajian yang berterusan, program pembangunan dan proses kualiti yang ketat. Dari barangan penjagaan peribadi, keperluan kecantikan dan penjagaan kesihatan – peruncit terulung Asia dalam bidang kecantikan dan kesihatan menyediakan pilihan kepada pelanggan kami pilihan untuk berjimat tanpa mengenepikan aspek kualiti.