fbpx

Ini Antara 6 Sebab Kenapa Anda Perlu Memiliki Huawei P40 Pro+

Bercakap bab telefon pintar HUAWEI ni, memang tak pernah mengecewakan bab ciri dalaman dan reka bentuknya. Ada sahaja yang terbaru dan canggih untuk kepuasan pengguna. Terkini, HUAWEI melancarkan lagi satu peranti baru untuk anda semua explore segala kecanggihan yang ada hanya di hujung cari sahaja.

HUAWEI P40 Pro+ antara salah satu telefon pintar yang perlu menjadi miliki anda untuk masa kini. Pelbagai kecanggihan dan ciri terbaru ada pada p40 Pro+. Nak tahu apa kenapa anda perlu anda telefon pintar ini? Jom kita layan 6 ciri di bawah.

1. Teknologi Nano Seramik

Mendapat inspirasi dari seramik tradisional, HUAWEI telah menggabungkan bahan dan proses moden untuk membentuk semula menjadi satu alat yang canggih. Melalui proses yang rumit panel seramik berteknologi nano baru mencipta HUAWEI P40 Pro+ menjadi lebih ringan dan lebih tipis, serta tampak bersih dan jernih di bawah pembiasan cahaya.

Kesannya, bahan ini hampir tahan lama seperti safir (Sapphire dinilai pada 9 pada Skala Kekerasan Mohs, sedangkan penutup seramik P40 Pro+ dinilai pada 8.5). Ini sekaligus memberi maksud HUAWEI P40 Pro+ lebih baik dan tahan lasak dari segi ketahanannya.

2. PENTA Kamera LEICA Ultra Vision

Bagi yang gemar mengambil gambar, P40+ sangat sesuai untuk anda yang rajin kemaskini laman sosial anda. Memiliki fungsi ultra wide cine 40mp (18mm) f 1.8 akan memberikan impak pada gambar anda lebih jelas dan mampu fokus pada objek. Ultra vision wide 50mp RYYB serta OIS yang ada pada P40+ ini juga dapat membantu gambar anda menjadi lebih menawan dari segi warna dan objek yang diambil.

Selain itu, HUAWEI P40+ ini juga mempunyai 10x Optical Telephoto dengan kuasa 8MP Periscope, 3x Optical Telephoto 8mp dan ToF Camera depth sensing.

Sumber: Thomas Chu

3. Kuasa 100X SuperZoom & Audio Zoom

(i) 100x SuperZoom

Kamera Telefoto Optik 10x memanfaatkan sepenuhnya reka bentuk periskop agar sesuai dengan satu set optik yang kuat dalam lingkungan 1cm. HUAWEI P40 Pro+ menyokong zoom sehingga 100x dengan jarak fokus maksimum hingga setara 240mm pada lensa kamera standard. HUAWEI P40 Pro+ juga memanfaatkan HUAWEI XD Fusion Engine untuk meningkatkan kualiti gambar dengan algoritma Super Resolution (SR).

(ii) Audio Zoom


HUAWEI P40 Pro + mempunyai zoom audio arah, yang membolehkan anda zoom sumber audio secara serentak dan memperkuat suaranya. Lokasi suara ditentukan dengan mengukur perbezaan intensiti input dari ketiga mikrofon yang terletak di bahagian atas, bawah dan belakang peranti. Ini adalah sebagai salah satu tambahan kepada penerimaan audio untuk menerima audio yang lebih baik, sekaligus dapat mengurangkan kebisingan audio dari subjek yang mengeluarkan suara yang tak diingini . Kesan zoom audio ini menggunakan directivity-beam forming algorithm.

4. Kecanggihan AI Moment & AI Remove Passerby

Dengan HUAWEI P40 Pro+, anda tidak perlu bimbang tentang gangguan yang tidak diingini dalam gambar anda, seperti pejalan kaki yang berjalan di hadapan gambar anda. HUAWEI ada jalan penyelesaiannya. Siri HUAWEI P40 mengumpulkan maklumat pemandangan sebelum dan selepas pengatup maya (virtual shutter) ditutup. Dengan menggunakan algoritma AI, bingkai sebelum dan selepasnya dibandingkan dan diselaraskan agar anda dapat crop orang yang tak diingini dengan mudah secara automatik.

5. Kirin 990 5G SOC

Siri HUAWEI P40 dikuasakan oleh Kirin 990 5G, yang dihasilkan dengan proses 7nm + EUV yang terkemuka di industri, dan dilengkapkan lagi dengan silikon dengan 10.3 bilion. Proses pembuatan yang maju memungkinkan HUAWEI mengintegrasikan modem 5G di samping komponen CPU, GPU, NPU dan SoC yang lain dalam satu cip, yang membolehkan SoC menyokong sambungan 5G yang terkemuka di industri pada kecekapan kuasa yang lebih tinggi.

Sebagai SoC paling kuat di HUAWEI, Kirin 990 5G SoC merangkumi CPU octa-core, GPU 16-core dan NPU tiga-teras yang dibina berdasarkan seni bina Da Vinci milik HUAWEI. Ketiga-tiga unit pemprosesan ini bekerja bersama untuk menyokong prestasi dan kecekapan terbaik di seluruh produktiviti, permainan dan senario pengkomputeran AI. HUAWEI generasi kelima bersinergi dengan sistem kamera Ultra Vision Leica untuk memberikan hasil fotografi dan videografi profesional, menjadikan Siri P HUAWEI ke tahap yang baru.

6. Yang Pertama Di Dunia Menggunakan Dual 40W

HUAWEI P40 Pro+ menyokong HUAWEI SuperCharge 40W Tanpa Wayar * membawa anda selangkah lebih dekat dengan realiti penggunaan gadget tanpa wayar sepenuhnya. Dengan sijil keselamatan TÜV Rheinland, anda dapat menikmati pengecasan SuperCharge tanpa bimbang.

Sama seperti P40 dan P40 Pro, P40 Pro+ juga menyokong HUAWEI SuperCharge Wired 40W dengan cepat. Selain menggunakan penyesuai kuasa, anda boleh memanfaatkan sokongan pengecasan 40W .

HUAWEI AppGallery

HUAWEI AppGallery kini mengandungi sebahagian besar aplikasi yang sering digunakan oleh rakyat Malaysia seperti Facebook, WhatsApp, WeChat, Line, HereWeGo, AirAsia, TikTok, Lazada, dan banyak lagi.

HUAWEI AppGallery ini juga selamat digunakan, kerana ia diperkuat dengan empat lapisan perlindungan yang telah diperakui oleh standard industri tertinggi. Anda dapat menjimatkan lebih banyak simpanan dengan hanya menggunakan Quick Apps untuk membuka aplikasi tertentu yang anda inginkan tanpa memasangnya.

Lebih-lebih lagi, untuk siri P40 dan pengguna MatePad Pro dapat menebus ganjaran di HUAWEI Member Center dan juga percuma 50GB HUAWEI Cloud selama 12 bulan.

Sebagai pengguna HUAWEI, anda juga dapat muat turun “Petal Search” di mana anda dapat menemukan aplikasi yang tidak tersedia di HUAWEI AppGallery dan dapat muat turun aplikasi tersebut ke telefon anda.

Lebih Selamat, Lebih Banyak Storan, Lebih Ganjaran semasa anda menggunakan HUAWEI AppGallery!

Gabungan Ciri HUAWEI Yang Meletop

Jangan tak tahu, HUAWEI memiliki ciri yang paling meletop seperti HUAWEI Share, Meetime, Screen Sharing, dan juga multi screen. Kesemua kesinambungan ini mampu menjadi penyambung yang lancar kepada kedua-dua peranti untuk memindahkan foto, video, dokumen melalui sekali perkongsian sahaja. Jadi anda tak perlu bazirkan masa untuk pindahkan dokumen anda.

Jangan lupa tonton video untuk maklumat lanjut mengenai HUAWEI P40 Pro Plus di sini.

https://www.youtube.com/watch?v=u_P_WrMJrHQ

Pengumuman BESAR

Karnival HUAWEI AppGallery telah kembali! Bermula sekarang sehingga 30 Jun ini. Jadi ini peluang anda untuk berbelanja dengan pelbagai tawaran hebat dan berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM2 juta! Cepat terjah mana-mana HUAWEI Experience Stores (HES) berdekatan anda dan kumpulan hadiah yang menakjubkan termasuk tiga Proton X70s, dan 500 skuter elektrik.

Jadi apa tunggu lagi, cepat terjah Karnival HUAWEI AppGallery dan jangan lupa dapatkan HUAWEI P40+ bernilai RM4999. Jika anda beli P40 Pro+ sekarang anda bakal dapat hadiah percuma bernilai lebih dari RM1300. Antaranya 40W Wireless charger stand dan Freebud 3, 3 bulan akses VIP HUAWEI, serta S50GB Huawei Cloud Storage.

Ingat jangan lepaskan peluang ini!