Sedar tak sedar sudah hampir 8 tahun Lisa Surihani dan Yusry Abd Halim mendirikan rumah tangga. Baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan dua hari lalu, Yusry sempat menitipkan ucapan manis buat isteri tercinta.

Menerusi Instagram, Yusry berkata dia tidak menyangka pertemuan mereka 9 tahun lalu membawa mereka hingga ke jinjang pelamin dan kini menjalani hidup bahagia bersama dua cahaya mata.


BACA: “Tak Merancang Tambah Anak, Sudah Ada Sepasang Cukuplah”

“Siapa sangka. Kami berjumpa hampir 9 tahun yang lepas dan sudah mendirikan rumah tangga selama 8 tahun. Ini merupakan hubungan paling lama yang penah saya lalui, namun terasa singkat.

“Benarlah apabila ada yang kata masa berlalu dengan pantas apabila kita sangat bahagia. Terima kasih kerana menjadi segalanya buat saya sayang Lisa Surihani. Selamat Hari Kita ke 8,” tulisnya.

Diruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar pasangan itu semoga kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.

Yusry dan Lisa mendirkan rumah tangga pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Terdahulu, Yusry pernah berkahwin dengan Erra Fazira pada 2003, namun perkahwinan mereka hanya mampu bertahan selama tiga tahun sahaja.