fbpx

“Tak Merancang Tambah Anak, Sudah Ada Sepasang Cukuplah”

Mempunyai sepasang cahaya mata lelaki dan perempuan, hasil perkahwinan dengan Lisa Surihani, Yusry Abdul Halim berasa cukup bersyukur namun tidak merancang untuk menambah bilangan anak lagi.

BACA: Lisa Surihani Syukur Allah Pinjamkan Penglihatan Buat Kali Kedua

“Selalunya macam tu lah, dah dapat sepasang, bersyukur sangat. Tapi sebenarnya, saya tidak adalah merancang ke apa dan pada masa sama, saya tidak beria-beria nak mencuba (tambah anak). Kalau ada, ada lah”

Menurut Yusry, antara sebab beliau tiada keinginan menambah anak adalah kerana faktor usianya yang semakin lanjut. Kebimbangannya tidak dapat menyara anak diusia tua membuatkan Yusry berfikir panjang.

“Antara satu sebab adalah saya fikir faktor usia juga. Tahun ini saya dah masuk umur 47 tahun. Kalau sekarang ada anak lagi, ketika dia usia 20 tahun, saya dah 67 tahun pada masa itu”

“Nak cakap dah tak nak pun tak boleh juga sebab itu rezeki. Saya fikir masa depan, siapa nak bayar yuran universiti dan sebagainya. Lainlah kalau masa tu saya boleh bekerja. Entah-entah saya pun tiada dah,” jelasnya.

Terdahulu Yusry dan Lisa telah berumah tangga pada 2013. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Yahaira Leanne berusia 5 tahun dan Yusof Leonne yang kini berusia 3 tahun. (rtky/w)