fbpx

Kehadiran Zara Adelia Haadi dalam kehidupan Adi Putra dan isteri agak mengejutkan kita semua pada Oktober lepas. Namun, anak itu juga yang menjadi pelengkap bagi kehidupan pasangan itu kini.

Mengakui kehidupannya kini semakin berubah. Memiliki anak adalah satu perasaan yang tidak mampu dibeli. Zara Adelia Haadi menjadi inspirasi dan sumber kekuatan dalam dirinya hari ini.

Sebagai seorang ayah, sangatlah besar tanggungjawab yang harus dipikul. Bukan sekadar menjadi ayah, malah ketua bagi institusi kekeluargaan yang ingin di’bina sepanjang hayat. Eceh.

Ayah merupakan role model untuk anak anak. Seharusnya seorang bapa menunjukkan contoh yang baik kepada anak anak. Kerana itu juga Adi Putra memilih untuk tidak akan bergambar tanpa pakaian.

“Besar tanggungjawab seorang ayah. Saya nak jadi ikon yang baik kepada anak saya. Untuk photoshoot saya takkan jika memerlukan saya membuka baju. Dalam filem atau drama ye. Sebab itu dah kerjaya saya”

“Tahun 2013, saya sudah khususkan hari hari untuk saya bersama anak dan isteri,” tambah Adi Putra lagi ketika di’temui semalam di majlis Malam Bersama Bintang anjuran TV3.

Tahun 2013 juga akan menyaksikan Adi Putra melangkah lagi setapak dalam kerjayanya. Pertengahan tahun 2013, Adi Putra bakal muncul dengan satu projek baru — menerbitkan filem’nya sendiri bertajuk Suami Aku Ustaz. Sudah sampai masa rasanya untuk Adi Putra terlibat serius di’belakang tabir.