Individu Ini Minta Ayda Jebat Cerai Dengan Nabil Mahir
Selamat diijabkabulkan pada 1 Januari lalu, pasangan selebriti pelakon Ayda Jebat dan suaminya Nabil Mahir dilihat tidak lokek berkongsikan momen bahagia mereka di media sosial untuk tatapan umum.
Bagaimanapun, tiada angin tiada ribut seorang netizen memberikan mesej yang agak biadap dan keterlaluan meminta Ayda bercerai dengan suaminya dan berkahwin dengan pelakon Zul Ariffin.
BACA: Ayda Jebat Dedah Suami Suka Pakai Baju Tidur Koyak
Paparan mesej oleh netizen menggunakan nama @amir_akrhonian itu dikongsikan oleh Ayda menerusi satu entri di Insta Story semalam. Individu itu berkata lebih baik jika Ayda berkahwin dengan Zul.
“Ceraikan jelah suami awak tu…Lagi baik kahwin dengan Zul Ariffin,” tulis individu berkenaan.
Dalam entri itu, Ayda nyata terkilan dengan mesej yang dihantar dan tidak menyangka masih ada lagi individu seperti itu.
Sebelum ini pernah timbul gosip mengatakan wujud cinta lokasi membabitkan Ayda dan Zul selepas drama Rindu Awak 200%.
Bagaimanapun, kedua-duanya menafikan dakwaan itu sebaliknya menganggap hubungan mereka hanyalah rakan sekerja.
- SUMBER
- Harian Metro
Haha Haha
Nasihat yg tak boleh pakai…at least laki dia sweet n cute. Jul rippin mcm pokcik2 sgt dah..
Eeeww Zul Aripin dah mcm Luther dalam watak The Umbrella Academy…hahaha dah hilang penampilan hero
Aku xla sokong ayda ngan zul pun tp dh napa rambut n muka nabil serupa tu? Dh mcm fei mao kurus je..sblum kawen nmpk la matang sikit ni dh mcm bdk x cukup umur bajet cute n stylo gitu..ayda dh nmpk mcm kakak dah
tu la org ckp jgn tunjuk sgt…kalau kaya raya jgn tunjuk..sweet-sweet laki bini pun jgn tunjuk..anak comel ke apa ke jgn tunjuk..ada sebab org dulu pesan mcm tu…tak semua org suka