Selamat diijabkabulkan pada 1 Januari lalu, pasangan selebriti pelakon Ayda Jebat dan suaminya Nabil Mahir dilihat tidak lokek berkongsikan momen bahagia mereka di media sosial untuk tatapan umum.

Terbaru, Ayda berkongsikan video memaparkan suaminya sedang leka menggunakan komputer riba sewaktu mereka sedang berbulan madu di Langkawi. Namun, apa yang menjadi perhatian, penyanyi itu mendedahkan suaminya memakai sehelai baju yang berlubang besar di bahagian belakangnya.

BACA: Ayda Jebat Terharu Suami Jadi Imam Ketika Berbulan Madu

Menurut Ayda, kebiasaannya pengantin baru yang berbulan madu akan bersiap cantik dan memakai pakaian baru, namun lain dengan suaminya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

“Inilah perbezaan baju tidur honeymoon perempuan VS baju tidur honeymoon lelaki. Perempuan bukan main semua beli baru! Lelaki? Hahaha!,” tulisnya.

Diruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian Ayda dan sempat mengusik pasangan pengantin baru itu.