fbpx

Individu Dedah Azlee Khairi Tipu Tarikh Nikah?

Baru-baru ini, pelakon Azlee Khairi mengesahkan sudah pun berkahwin kali kedua secara rahsia dengan Nurul Hidayah yang juga seorang kru penerbangan pada Januari tahun lalu.

Kisah perkahwinan rahsia Azlee ‘terbongkar’ apabila pelakon itu memuat naik video sambutan hari lahir anaknya, Muhammad Putera Ardanee kini berusia lima bulan di media sosial, beberapa hari lalu.

BACA: Azlee Khairi Akui Sudah Berkahwin Kali Kedua

Menurut Azlee dia memilih untuk merahsiakan mengenai perkahwinannya itu bagi menghormati permintaan isteri tersayang dan keluarga masing masing.

Azlee berkata ini merupakan perkahwinan kedua buat isterinya juga yang turut memiliki seorang cahaya mata dari perkahwinan terdahulu.

Bagaimanapun, seorang individu di Facebook menggunakan nama HasnyAnn Jr Liun dipercayai bekas kakak ipar Hidayah mendakwa tarikh nikah yang diberikan Azlee Khairi itu tidak masuk akal kerana Hidayah baru bercerai pada Disember 2021.

 

“Hebat sgt statement korang ar..Dah kahwin setahun yg lalu konon..setahun yg lalu ko masih isteri adik aku..bulan Disember 2021 yg lepas baru cerai la bodoh..boleh ke daftar nikah lain?” tulisnya.

Malah, pengguna Facebook itu turut melampirkan keratan sijil kelahiran Muhammad Putera Ardanee apabila ‘dicabar’ Nurul Hidayah.

Diruangan komen, Hidayah memberikan jawapan Muhammad Putera Ardanee merupakan anak Azlee Khairi apabila ditanya bayi itu sebenarnya anak siapa.

Kata salah seorang netizen, jika benar tarikh nikah dan tarikh cerai yang diberikan, bermakna Azlee Khairi telah bermadu selama hampir setahun dengan Muhammad Farish Morish.

Terdahulu, Azlee pernah berkahwin dengan wanita dari Brunei dikenali Dayang Norlelawati Puteh pada 2014 namun jodoh mereka tidak panjang apabila pelakon itu mendakwa sudah bercerai dan dia akhirnya balik ke Malaysia pada November 2019.