fbpx

Impian Zizan Razak Buka Kedai Runcit Tercapai

Tahniah kepada Zizan Razak kerana kini telah berjaya mencapai satu lagi cita-citanya dalam meneraju dunia perniagaan selepas selamat merasmikan kedai serbaneka pertama di atas jenamanya, ZizanMart yang dibuka di Kota Bharu, Kelantan.

BACA: Zizan Razak: Bakal Isteri Saya Hanya Perlu Pandai Agama

Jika sebelum ini Zizan terjun dalam bidang perniagaan berasakan makanan iaitu Burgerbyte, kini pengacara serta pelawak ini telah mencuba nasib dalam membangunkan kedai serbaneka yang beroperasi 24 jam.

“Alhamdulillah, ini merupakan salah satu impian saya sejak dulu lagi. Saya berharap selepas cawangan sulung ini akan ada lagi rangkaian seterusnya”, katanya selaku Pengarah Urusan Zizan Group Sdn Bhd tersebut kepada Malaysian Digest.

Turut hadir pada majlis perasmian tersebut ialah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood. Semoga perniagaan yang dijalankan ini berjaya sekaligus dapat menambah rantaian di seluruh Malaysia. (rtky/s)