Cef selebriti Datuk Fazley Yaakob berkata hubungannya dengan usahawan sensasi Datuk Seri Vida bukan hanya gimik tetapi sudah memikirkan ke arah perkahwinan.
Memetik HibGlam, Fazley berkata dia sememangnya ada impian untuk mendirikan rumah tangga dengan usahawan itu namun tidak tahu bila ianya akan menjadi kenyataan.
BACA: “Macam Suami Isteri Dah” – Fazley Yaakob Bantu Rawat DSV, Netizen Tanya Dah Nikah Ke?
“Impian ke arah itu (perkahwinan) memang ada. Sudah tentu tidak ada perhubungan secara terbuka begini kalau sekadar mahu suka-suka.
“Bagi saya, sekarang bukan lagi soal ‘jika’ berlaku tetapi ‘bila’ akan berlaku. Perancangan itu ada, cuma kami tidak tahu bila,” katanya.
Sementara itu, Fazley berkata dia dan Vida sudah ada perbincangan mengenai masa depan hubungan mereka namun anak-anak meminta agar tidak terlalu terburu-buru.
“Saya hormat permintaan Cik B dan Kacak yang kata jangan terlalu laju. Anak-anak saya juga pesan supaya kami ambil masa. ‘
“Andai kata dua keluarga ini bersatu nanti, perkara nombor satu adalah anak-anak. Anak-anak saya dengan anak Vida pun sangat rapat, memang sudah macam adik-beradik,” katanya.
Sumber: HibGlam