fbpx

Intan Najuwa Bertunang Lagi? Bakal Suami Berstatus Datuk

Tiada angin tiada ribut, dalam diam pelakon Intan Najuwa dikatakan sudah bertunang dengan seorang lelaki bergelar Datuk.

Memetik mStar Online, sumber memberitahu majlis pertunangan mereka diadakan di kediaman keluarga Intan di Johor Bahru secara tertutup dan pasangan itu bakal bernikah pada tahun ini.

BACA: Berjanggut, Berhijab, Berniqab Tak Semestinya Dijanjikan Syurga – Intan Najuwa

Kata sumber lagi, lelaki tersebut turut mengikuti rombongan aktres berkenaan ketika menunaikan ibadah umrah pada Januari lalu.

“Tidak lama lagi mereka bakal mendirikan rumah tangga. Tunang barunya ada pangkat Datuk. Majlis bertunang baru ini diadakan secara tertutup,” kata sumber.

Terdahulu, Intan pernah bertunang dengan ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli pada Ogos 2019 namun hubungan merkea putus.

Sementara itu, pihak mStar cuba untuk menghubungi aktres berkenaan untuk mendapat pengesahan mengenai perkara itu namun tiada jawapan balas.