fbpx

IMAX Kembali Ke Malaysia, Sekarang Di TGV Cinemas Sunway Pyramid

Kami sebenarnya antara peminat filem yang teruja dengan kembali’nya teknologi IMAX ke Malaysia selepas tidak sempat untuk menikmati’nya ketika di’tawarkan di Berjaya Times Square, KL.

Kelmarin berlangsung’nya majlis perasmian dewan tayangan dengan teknologi IMAX di TGV Cinemas, Sunway Pyramid yang di’susuli dengan tayangan pra tonton Mission Impossible 4: Ghost Protocol.

Dewan tayangan berteknologi IMAX ini mempunyai 292 tempat duduk dan hasil daripada runtuhan dua dewan tayangan berskala biasa untuk memberikan pengalaman menonton wayang terbaik untuk peminat filem.

Wakil media di’beri peluang untuk merasai pengalaman tayangan 2D & 3D yang di’jana oleh 2 projektor khas IMAX dengan skrin selebar 57 kaki atau 684 inci. Ia’nya memang satu pengalaman yang awesome!

Jika anda berminat untuk merasai pengalaman baru menonton filem Hollywood, anda boleh mulakan hujung minggu ini dengan menonton Mission Impossible 4: Ghost Protocol di IMAX TGV Cinemas, Sunway Pyramid.

Harga tiket untuk IMAX bermula RM22 dan kami berani beri jaminan di’sini yang ianya memang berbaloi. Di’atas adalah video di’sebalik tabir pemasangan skrin & pembinaan dewan tayangan IMAX.