fbpx

Imam Besar Tegur Tindakan Hafiz Hamidun

Apabila melibatkan hal berkaitan agama, pastinya pendapat mereka yang lebih arif dalam sesuatu bidang itu sangatlah diperlukan dan selari dengan kejadian yang menimpa Hafiz Hamidun, Imam Besar, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya iaitu Ustaz Hazaruddin Baharuddin turut menegur tindakan penyanyi berkenaan.

BACA: “Tunjuk Bukti Kalau Betul Saya Gay”

“Faraq bermaksud perkahwinan yang dibubarkan melalui talak atau selain daripadanya, namun dalam sistem perundangan Islam di Malaysia, faraq merujuk kepada pembubaran bukan melalui talak.

“Faraq hanya diputuskan oleh mahkamah apabila terbukti sesuatu perkahwinan tidak sah, apa yang dimaksudkan tidak sah ialah hilang salah satu syarat sah nikah. Dalam kes Hafiz Hamidun, dia seharusnya mengambil tindakan itu sejurus selepas timbul rasa was-was terhadap perkahwinan bukan sudah separuh jalan sehingga timbul pertikaian baru nak bertindak,” jelasnya kepada mStar Online.

Sementara itu, Hazaruddin berkata, tempoh masa yang agak lama diambil oleh penyanyi itu juga tidak adil buat isterinya malah kredibiliti Hafiz sebagai selebriti turut mampu membuatkan tindakannya itu menjadi ikutan kepada orang lain yang tidak mengambil berat terhadap hal-hal berkaitan perkahwinan. (rtky/s)