fbpx

“Tunjuk Bukti Kalau Betul Saya Gay”

Memang pelik orang kita ini, tidak pernah berfikiran positif mengenai orang lain. Malah dituduhnya pula orang itu ‘geng kunyit’ hanya kerana belum pernah melakukan hubungan suami isteri. Itulah yang berlaku kepada Hafiz Hamidun selepas pengakuannya kelmarin. Namun Hafiz tidak cepat melatah dan dengan ringkas meminta bukti kepada mereka yang menuduhnya.

BACA: “Bulan Madu Sampai Ke Taiwan, Kenapa Masih Ragu?”

“Kalau ada pihak yang buat tuduhan seperti itu dan melabelkan saya dengan gelaran tersebut, dia perlu bertanggungjawab dan kemukakan bukti. Jika berlakunya unsur-unsur yang tidak tepat, saya anggap itu fitnah. Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan perundangan atau saman”

Kelmarin Hafiz telah membuat sidang media bagi menjelaskan hal sebenar kemelut rumah tangganya dengan Joy Revfa. Antara soalan yang dijawabnya adalah dakwaan Joy yang memberitahu bahawa mereka sudah ‘bersama’ ketika berbulan madu di Taipei. Namun dakwaan itu dinafikan oleh Hafiz yang tidak menyentuhnya kerana rasa ragu status wanita terbabit.

Dalam hal ini Hafiz sedar ramai mendakwa dirinya tidak pandai menjaga maruah isteri dan rumah tangganya walaupun beliau seorang berilmu agama. Hal ini sekaligus membuatkan Hafiz terkilan apabila usahanya untuk menyelesaikan perkara ini secara senyap terhalang apabila Joy memulakan langkah membuat kenyataan di media sosial.

“Selama ini, saya mengambil pendekatan berbeza. Saya senyap sahaja dan saya sendiri tidak pernah memberikan sebarang kenyataan di laman sosial. Malah, saya juga tidak membalas sebarang kenyataan yang diberikan pihak sebelah sana. Berbalas kenyataan bukan cara saya untuk menyelesaikan perkara ini,” katanya kepada Astro Gempak. (rtky/w)