fbpx

Ifa Raziah Tetap Nak Pfizer, Sanggup Beli Vaksin

Sejak beberapa hari lalu, hangat diperkatakan apabila ada netizen mendakwa seorang artis ‘demand’ hanya mahu dicucuk vaksin Pfizer dan tidak mahu vaskin lain apabila sampai di PPV.

Menafikan dakwaan netizen yang menuduhya memilih vaksin, pelakon Ifa Raziah berkata keputusan itu dibuat selepas merasakan vaksin Pfizer sahaja yang sesuai dengan penyakit dihidapinya.

BACA: Ifa Raziah Nafi Pilih Vaksin, Hanya Pfizer Sesuai Dengan Penyakitnya

Menurut Ifa lagi, dia mempunyai alahan pada ubat tertentu sehingga terpaksa menolak vaksin Sinovac. Ujarnya, dia sanggup keluar duit sendiri untuk membeli vaksin Pfizer.

“Saya sanggup beli. Saya tak kisah sama da cepat atau lambat asalkan dapat vaksin yang diinginkan. Lagi pun tak salah jika saya memilih vaksin kerana masih ada niat nak divaksin. Kalau diberi pilihan untuk beli sekalipun, saya sangup beli,” katanya.

Kata Ifa lagi, dia bukan sengaja berlagak diva, tetapi dia sudah pun mendapatkan konsultasi daripada pengawai perubatan yang bertugas di PPV ketika temujanji suntikan vaksin Sinovac sebelum ini.

“Semasa ke PPV berkenaan pun saya bawa senarai ubat dan checklist yang menyenaraikan jenis-jenis ubat yang tidak boleh dimasukkan ke tubuh saya.

“Selepas bercerita dengan doktor yang bertugas, dia sahkan saya tidak sesuai untuk mengambil vaksin berkenan. Doktor juga turut mengeluarkan surat pembatalan vaksinasi pada hari tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Ifa turut berkongsi cerita pernah berdepan pengalaman negeri apabila berlaku kesilapan dalam pengambilan ubat.

“Pernah terjadi suatu ketika dulu ketika mendapatkan rawatan, doktor tersalah masukkan ubat hingga seluruh tubuh badan membengkak macam orang kena tumbuk di bahagian muka dan block saluran pernafasan,” katanya.