fbpx

Ifa Raziah Nafi Pilih Vaksin, Hanya Pfizer Sesuai Dengan Penyakitnya

Sejak semalam hangat diperkatakan apabila ada netizen mendakwa seorang artis ‘demand’ hanya mahu dicucuk vaksin Pfizer dan tidak mahu vaskin lain apabila sampai di PPV.

Menafikan dakwaan netizen yang menuduhya memilih vaksin, pelakon Ifa Raziah berkata berlaku salah faham di Pusat Pemberian Vaksin Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

BACA: Artis Demand Dicucuk Vaksin Pfizer Sebab Nak Ke Luar Negara

“Miss Diva terpaksa cancel (batalkan) vaksin hari ini kerana tidak dapat suntikan Pfizer di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC). Bukannya mengada-ngada tak mahu ambil vaksin,” tulisnya.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Ifa berkata dia bukan sengaja berbuat demikian tetapi keputusan itu dibuat selepas merasakan vaksin Pfizer sahaja yang sesuai dengan penyakit dihidapinya.

“Itu hak kita nak ambil atau tak walaupun sudah disediakan oleh kerajaan Malaysia dalam aplikasi MySejahtera.

“Cuma, setahu saya kalau di MITEC, mereka akan dibekalkan dengan vaksin jenis Pfizer. Tapi bila saya sampai, lain pula jadinya. Nak Pfizer tapi diberi Sinovac,” katanya.

Tidak mendedahkan penyakit yang dihidapinya, Ifa berkata doktor yang bertugas di PPV berkenaan turut mengeluarkan surat sebagai rujukan untuknya agar mendapatkan vaksin bersesuaian sahaja.

“Bukanlah nak kata vaksin lain tu tak okey dan Pfizer saja yang paling bagus. Tapi untuk kes macam saya ni, penyakit yang saya ada, cuma Pfizer sahaja yang sesuai.

“Ini bukan soal nak ke luar negara ke apa ke. Sama sekali tidak. Kalau cucuk 10 dos Pfizer sekali pun, bukan boleh terbang dan pergi luar negara sekarang pun,” katanya.

Perkongsian Ifa itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tidak bersetuju dengan kenyataannya itu. Difahamkan perkongsian tersebut telah pun dipadam selepas beberapa jam dimuat naik.