fbpx

Artis Demand Dicucuk Vaksin Pfizer Sebab Nak Ke Luar Negara

Umum mengetahui, ketika ini sedang berlansung program vaksinasi di seluruh Malaysia. Malah, rata-rata selebriti giat memuat naik video mereka divaksin untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya mengambilan vaksin.

Bagaimanapun, ada cerita tak sedap di dengar apabila di laman Twitter, seorang netizen mendedahkan seorang artis ‘demand’ hanya mahu dicucuk vaksin Pfizer sahaja dan tak mahu jenis lain.

Dakwa netizen itu lagi, artis berkenaan sudah pun tiba di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) namun tidak mahu dicucuk kerana hanya mahukan vaksin Pfizer sahaja kerana mahu ke luar negara.

Kurang senang dengan situasi tersebut, netizen itu berharap artis berkenaan akan mendapat suntikan tahun depan dek kerana sikapnya itu.

Perkongsian individu tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tertanya-tanya siapakah artis berkenaan. Malah, ada yang memberikan komen sindiran, adakah artis berkenaan pasti selepas mendapatkan vaksin Pfizer dia sudah boleh ke luar negara.

Diruangan komen, rata-rata netizen mahukan individu berkenaan mendedahkan artis yang dimaksudkan. Namun, ada beberapa netizen seolah memberikan ‘hint’ siapakah artis berkenaan.