fbpx

Ifa Raziah Menangis Dapat Jumpa Ustazah Asma’ Harun

Baru-baru ini perkongsian penyanyi sensasi, Ifa Raziah menjadi perhatian ramai apabila meluahkan rasa sebak dan terharu berpeluang untuk bertemu dengan pendakwah terkenal Ustazah Asma’ Harun.

Menerusi video dikongsikan, Ifa terkejut dan menangis apabila menerima kunjungan daripada Ustazah Asma di sebuah bilik.

BACA: Ifa Raziah Bengang Guru Vokal Kritik Suara Sumbang 

@ifa_raziah

#ustazahasmaharun #missdiva @ustazahasmaharun #ifaraziah #maaf #terpalingjuara #playlistajl #trending #fyp #fouryoupage #tiktok #tiktokviral #serifabeauty #starvendors #teamifaraziah #ifaraziahdivas

? original sound – MissDivaifaraziah – MissDivaIfaRaziah

Menurut Ifa, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk bertemu dengan pendakwah itu dan tidak sangka rezekinya dapat bertemu di satu majlis baru-baru ini. Kata Ifa lagi, dia tiada masalah jika ada yang mahu menegurnya lebih-lebih lagi untuk kebaikan.

“Saya nak sangat jumpa ustazah depan-depan, tapi tak ada sesiapa pun yang nak bawa saya. Selepas itu saya terfikir, eh ada Anugerah Nona Superwoman, masa ini lah peluang saya untuk berjumpa dengan ustazah.

“Saya juga pernah minta untuk buat photoshoot bersama ustazah semata-mata tak sabar nak jumpa. Sebenarnya siapa tegur saya okay je sebenarnya, itu adalah kebaikan sebab kita nak masuk syurga kan? Kalau betul salah, saya minta maaf,” katanya.

Perkongsian Ifa itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut sebak melihat pertemuan penyanyi itu serta Ustazah Asma serta mendoakan yang baik-baik sahaja.