fbpx

Ifa Raziah Bengang Guru Vokal Kritik Suara Sumbang 

Penyanyi Ifa Raziah membidas kenyataan seorang guru vokal, Shaffiq Erwin yang menegur teknik nyanyian Ifa di pentas Terpaling Juara.

Difahamkan, Ifa memberi komen balas di Instagram guru tersebut dimana dia mengatakan tidak pernah mengenali individu itu di dalam industri hiburan.

BACA: Nyanyian Sumbang, Ifa Raziah Salahkan Baju Jadi Punca 

“Kau siapa nak sound-sound aku nyanyi sumbang atau apa? Aku tak kenal kau pun dalam industri ni?  Umur aku dah dekat 50 tahun, memang la suara kadang-kadang kelaut sikit. Kau suruh mak kau menyanyi aku nak tengok,” tulisnya.

Menurut Ifa, semua penyanyi pasti akan melalui fasa tersebut apabila sudah meningkat usia tidak kira sama ada penyanyi antarabangsa.

“Semua artis akan lalui fasa ni bila dia orang dah berumur baik Hollywood, Kollywood atau Greenwood.  Semua yang dulu suara high pitch tidak akan dapat macam suara 20-30 tahun yang lalu. So respect la sikit kami yang tua ni,” tulisnya.

Dalam pada itu, Ifa turut meminta guru vokal itu tidak membandingkan nyanyiannya dengan penyanyi muda kerana tiada kemampuan untuk melawan.