Semalam, video gaduh mulut melibatkan pelakon Ifa Raziah dan penyanyi dangdut Sheeda tular di media sosial dan menjadi bualan ramai. Video yang dimuat naik di akaun Instagram Sheeda itu menjadi tanda tanya apakah kemelut sebenarnya yang berlaku di antara kedua-dua bintang dangdut itu.

Video tular berdurasi 39 saat itu kedengaran Sheeda menempelak Ifa Raziah dengan mengatakan pelakon itu bercakap mengenai dirinya dibalakangnya. Menerusi video tersebut, turut dilihat Sheeda sedang mengejar Ifa Raziah dan menarik lengannya di sebuah parkir.




Susulan insiden tersebut, hari ini Ifa memberitahu dia akan membuat satu laporan polis kerana disentuh. Menurut Ifa, laporan itu dibuat berikutan tindakan Sheeda yang menyentuh dirinya terlebih dahulu.

“Saya di balai polis buat laporan. Siapa yang sentuh dia yang salah,” kata Ifa kepada Sinar Harian.

Sehingga kini masih tiada penjelasan lanjut dari Sheeda mengenai insiden berkenaan. Mungkin ada perselisihan faham yang berlaku dan diharap dapat diselesaikan secara baik.