fbpx

Kalau sudah minat untuk menyanyi, apa rintangan sekali pun bukan penghalang buat seseorang itu untuk menyampaikan karyanya buat para peminat. Iesya Toh antara contoh terbaik dalam kes ini.

Memulakan karier sebagai pengacara di RTM, artis kelahiran Johor Baharu serta kacukan Melayu, Thailand, Arab Dan Cina ini kini memiliki album sendiri yang di’hasilkan bersama syarikat rakaman Singapura.

Iesya Toh bersama syarikat rakaman Putrivision mula bekerjasama untuk menghasilkan lagu Semanis Janji dan kini kembali dengan lagu baru berjudul Kasih yang pernah di’popularkan Hetty Koes Endang.

Lagu yang di’kategorikan sebagai malar segar ini telah di’cipta oleh Pak Richard Kyoto & beliau telah pun memberi kepercayaan kepada Iesya Toh untuk merakamkan semula lagu tersebut dalam versi baru.

Kegigihan Iesya Toh untuk berkongsi bakat dengan para peminat terserlah apabila beliau sendiri mengedarkan single Kasih versi baru ini & anda yang berminat boleh e-mail [email protected] untuk membeli.