fbpx

Idea Aktiviti Menarik Yang Boleh Dibuat Ketika Tempoh ‘Lockdown’

Selepas lanjutan tempoh lockdown dilaksanakan, sudah semestinya anda buntu asyik berkurung dalam rumah jer kan? Apa lagi lah yang boleh dilakukan kalau di rumah ni, takkan nak ulang aktiviti sama? Boleh ‘pitam’ jadinya.

Jangan risau gais, sambil-sambil kita membanteras virus pembunuh dengan hanya duduk di rumah, kami ada beberapa idea untuk anda lakukan aktiviti berfaedah bersama orang tersayang. Dapat juga eratkan hubungan silaturahim. Gituh!

1. Tonton Filem

Apa kata anda adakan setiap malam menonton filem di rumah. Sekarang ini kan ada macam-macam aplikasi seperti Netflix dan banyakj lagi apps yang boleh anda download dan tengok movie secara percuma tau.

Setiap malam, satu orang daripada ahli keluarga anda dapat memilih satu filem untuk ditonton. Barulah syok!

2. Bersenam

Jika anda belum pernah mencuba, apa lagi, ayuh bersenam di rumah.

Anda boleh jer buka YouTube dan mula bersenam mengikut trainer fitness dalam YouTube anda tu. Barulah berpeluh sikit badan kan?

3. Berkhemah Di Laman Rumah

Siapa cakap duduk rumah tak boleh nak berkhemah? Pastinya boleh!

Rasanya lagi best nih kalau berkhemah di rumah. Tak payah susah-susah nak bawa barang banyak. Ye dak? Lagi meriah jadinya.

Modalnya, hanya beli khemah jer!

4. Karaoke Di Rumah!

Pusat karaoke tak buka? Tiada masalah! Anda boleh jer berkaraoke di rumah tu. Beli lah microphone dalam Shopee ke Lazada ke, barulah acah-acah anda buat mini konsert di rumah tu. Best weh…

5. Memasak

Haa, inilah aktiviti kesukaan nih. Kalau duduk rumah tu, ada jer idea timbul nak masak menu apa hari-hari. Nak pula kalau ada partner in crime, lagi bersemangat weh!

Masak-masak juga tapi menu jangan sampai memudaratkan kesihatan tau. Masak menu sihat ni barulah bertenaga sikit.

Buah-buahan, sayur-sayuran dan ulam-ulaman tempatan sebagai bahan utama dalam masakan. Sangat berkhasiat.

Nak dapatkan produk berkualiti itu mudah jer, anda boleh dapatkan produk Agromas dan produk usahawan IKS Agrobazaar Online. Pelbagai tawaran istimewa diadakan dari semasa ke semasa.

Jom Masuk Pertandingan Ini

Okay gais, dah alang-alang sebut pasal memasak ni kan, korang nak tak memasak dan berpeluang menang hadiah lumayan dan wang tunai sehingga RM4,000?

Haa…ni bukan cubaan gais, anda boleh cuba nasib masuk pertandingan Virtual MAFI Masak Challenge Musim 2 ini. Sumpah syok gila!

Ada dua kategori yang dipertandingkan iaitu:

1. Penyertaan terbuka kepada pelajar IPTA/IPTS yang berumur 18 tahun dan ke atas.
2. Penyertaan secara berpasangan terbuka kepada seorang dewasa (18 tahun ke atas) dan seorang kanak-kanak (6 – 12 tahun) yang mempunyai hubungan keluarga.

Amacam? Kena sangat kan aktiviti macam ini semasa lockdown sekarang. Dapat juga hadiah lumayan tu nanti. Dapat juga isi masa lapang anda semasa di rumah.

Syaratnya mudah sangat gais, mari kita usha satu persatu 2 kategori tersebut.

Kategori 1: Pelajar IPTA/ IPTS

1. Pertandingan ini adalah terbuka kepada pelajar IPTA/IPTS yang berwarganegara Malaysia dan berumur 18 tahun dan ke atas.

2. Borang penyertaan hendaklah diisi secara online google form FAMA bermula pada 3 hingga 30 Julai 2021 di platform:
a. Laman Web FAMA
b. Facebook FAMA Malaysia (@FAMA_Malaysia)
c. Page Promosi FAMA (@promosifamahq)

3. Setiap peserta dikehendaki membuat pembelian produk Agromas dan produk usahawan sekurang-kurangnya RM30.00 sama ada di dalam Agrobazaar Online, Agrobazaar Malaysia @ Shoppe atau mana-mana kedai yang menjual produk Agromas dan sertakan bukti resit pembelian ke dalam google form pendaftaran.

4. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 10 Ogos 2021.

5. Peserta hendaklah memasak 3 jenis menu iaitu appetizer, main course dan minuman berasaskan buah-buahan, sayur-sayuran atau ulam-ulaman tempatan, produk Agromas serta produk usahawan. Main course perlu disediakan dalam set yang lengkap dan berkhasiat.

Untuk info lanjut anda boleh terus ke LINK INI.

Hadiah Gempak Yang Bakal Anda Menangi

a) Hadiah Tempat Pertama
Wang tunai sebanyak RM4,000.00 termasuk sijil dan hamper.

b) Hadiah Tempat Kedua
Wang Tunai sebanyak RM3,000.00 termasuk sijil dan hamper.

c) Hadiah Tempat Ketiga
Wang Tunai sebanyak RM 1,000.00 termasuk sijil dan hamper.

d) Saguhati x 7 pemenang
Wang Tunai sebanyak RM500.00 termasuk sijil dan hamper.

e) Hadiah Istimewa
Video yang mempunyai banyak Viewer dan Share (1 orang pemenang) – Wang tunai sebanyak RM 1,000.00 termasuk sijil dan hamper.

Kategori 2: Berpasangan Dewasa Dan Kanak-kanak

Bagi kategori ini pula, anda boleh usha di bawah ini:

1. Terdiri daripada 2 orang iaitu seorang dewasa dan seorang kanak-kanak (6-12 tahun).

2. Semua aktiviti masakan perlu dibuat dalam bentuk video yang tidak lebih dari 4 minit.

3. Video yang dihasilkan hendaklah kreatif, menarik, jelas dan mempunyai info berkenaan khasiat menu masakan yang disediakan.

4. Peserta dikehendaki memasak menu sihat.

5. Menggunakan buah-buahan, sayur-sayuran atau ulam-ulaman tempatan sebagai bahan utama.

6. Menggunakan produk Agromas dan produk usahawan sebagai salah satu bahan masakan.

7. Menyertakan resipi masakan bersama video masakan yang dihantar kepada urusetia.

Syarat Video Viewer Tertinggi

1. Peserta hendaklah membuat hebahan secara kreatif bagi mendapatkan viewer tertinggi di media sosial masing-masing.

2. Peserta dikehendaki mendaftar sekurang-kurangnya 1 media sosial di google form pendaftaran.

3. Peserta dikehendaki berkongsi rakaman video masakan di dalam Facebook dan Instagram peserta dengan menyertakan sekali hashtag #MMCMusim2, #PromosiFama dan #AgrobazaarOnline pada posting tersebut setelah tarikh tutup pertandingan pada 15 September 2021. Profil peserta perlulah dikongsi kepada public.

4. Selain itu, peserta dikehendaki berkongsi rakaman video masakan masing-masing di Youtube FAMATV di media sosial masing-masing dengan menyertakan sekali hashtag #MMCMusim2, #PromosiFama dan #AgrobazaarOnline

5. Video yang mendapat “view” tertinggi akan dipilih sebagai pemenang.

6. Keputusan akan diumumkan pada 29 Oktober 2021 di laman web www.fama.gov.my

Hadiah Padu Yang Anda Bakal Menangi

a) Hadiah Tempat Pertama
RM4,000, Sijil dan Hamper

b) Hadiah Tempat Kedua
RM3,000, Sijil dan Hamper

c) Hadiah Tempat Ketiga
RM1,000, Sijil dan Hamper

d) Saguhati x 7 pemenang
RM500, Sijil dan Hamper

e) Hadiah Istimewa
Video yang mempunyai banyak Viewer dan Share (1 orang pemenang) – Wang tunai sebanyak RM1,000 termasuk sijil dan hamper

Kedai Terpilih Di Agrobazaar Online

Tak tahu kedai mana yang anda boleh beli produk, check out jer di bawah ini:

1. Butik AgroMas Perak: DI SINI.

2. Agromas Malaysia: DI SINI.

3. Agrobazaar Dengkil: DI SINI.

So gais, good luck! Moga ada rezeki anda nanti. Ingat, untuk info lanjut boleh terus KLIK LINK INI.