fbpx

Idayu Juara Akademi Fantasia Megastar

Terjawab sudah siapakah yang bakal menjadi juara Akademi Fantasia Megastar apabila Idayu telah dinobatkan sebagai pemenang pertama sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM100 000 dalam konsert minggu terakhir yang diadakan di Royale Theatre Shah Alam.

BACA: Marsha Tidak Tertekan Soal Zuriat

Pada malam akhir AF Megastar, Idayu membawakan lagu berjudul ‘My All’ nyanyian Mariah Carey dan lagu keduanya iaitu single barunya berjudul ‘Selamanya’ ciptaan sepenuhnya Amylea Azizan yang merupakan juga bekas pelajar AF3.

Selain itu, Idayu selaku juara Akademi Fantasia Megastar turut memenangi percutian 10 hari 7 malam ke Turki dan juga sebuah trofi. Sementara itu, bagi Anugerah Terlajak Laris D’Herbs yang bernilai RM10,000 pula dimenangi oleh Marsha Milan.