“Ibu Tunggal Bukan Lemah, Wanita Yang Memilih Untuk Kuat”

Pelakon Rita Rudaini menjadi perhatian apabila memuat naik luahan perasaan sebagai ibu tunggal yang memilih untuk kuat.

Menerusi perkongsian di Threads, Rita berkata ibu tunggal tidak lemah dan mereka memilih untuk kuat dalam menjalani kehidupan disaat tiada pilihan lain.

BACA: Rita Rudaini Dakwa Sekolah Simpan Kes Buli ‘Bawah Karpet’

“Ibu tunggal bukan lemah …dia wanita yang memilih untuk kuat, saat pilihan lain tak wujud. Dalam diamnya ada doa, dalam letihnya ada cinta yang tak pernah padam,” katanya.

Perkongsian Rita itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji ketabahan Rita dalam membesarkan anak-anak serta kagum dengan pelakon itu tidak pernah terpalit kontroversi.

Rita pernah berkahwin dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan pada 2008 namun berpisah September 2013. Pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Rayyan dan Airit Qaqa Arjuna.

×