fbpx

Ibu Shuib Panggil Watie Dengan Panggilan Manja

Baru-baru ini, ibu kepada usahawan dan pelawak Shuib Sepahtu iaitu Salamiah Jalani berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah Umrah pada Ahad lalu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Salamiah turut memuat naik beberapa keping gambar bersama cucu dan juga kekasih Shuib, Watie Hanafiah. 

BACA: Watie Hantar Ibu Shuib Tunai Umrah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by salamiahjalani (@amy_salmi)

Diruangan komen, Watie turut meninggalkan komen pada perkongsian itu mendoakan urusan ibu kepada Shuib dipermudahkan serta memanggil dengan gelaran mama.

Namun, apa yang menjadi perhatian ramai apabila ibu Shuib membalas komen berkenaan dan menggelarkan Watie dengan panggilan manja.

Komen ibu Shuib itu mendaapt pelbagai reaksi daripada netizen yang terharu melihat keakraban Watie bersama bakal ibu mentuanya serta mengatakan usahawan itu sangat beruntung.