Ibu kepada usahawan dan pelawak Shuib Sepahtu iaitu Salamiah Jalani berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah Umrah pada Ahad lalu.
Menerusi perkongsian di Instagram, Salamiah turut memuat naik beberapa keping gambar bersama cucu dan juga kekasih Shuib, Watie Hanafiah.
BACA: “InsyaAllah Kami Ada Perancangan Untuk Kahwin” – Shuib
Foto dikongsikan bersama Watie itu ternyata menjadi perhatian ramai yang dilihat cantik memakai serba hitam sambil mendukung Ayash.
View this post on Instagram
Sementara itu, Watie turut meninggalkan komen pada perkongsian itu mendoakan urusan ibu kepada Shuib dipermudahkan serta memanggil dengan gelaran mama.
“Semoga dipermudahkan segala urusan mama dan mendapat umrah yang mabrur ma,” tulisnya.
Difahamkan, Shuib tidak dapat mengiringi ibunya ke lapangan terbang kerana terlibat dalam sebuah acara di luar kawasan.