fbpx

Ibu Sandra Dianne Berang Dituduh Sengaja Cabut Mesin Hayat Pada Hari Jumaat

Satu demi satu tuduhan dilemparkan susulan pemergian anaknya, ibu kepada Allahyarham Sandra Dianne iaitu Nur Syakinah maluahkan rasa terkilan apabila dituduh menyebabkan kematian anaknya pada Jumaat lalu.

Ia berikutan komen dari seorang netizen menuduhnya membuat keputusan untuk menghentikan mesin bantuan pernafasan yang diberikan kepada Sandra ketika berada di unit rawatan rapi (ICU).

BACA: Ibu Arwah Sandra Dianne Terkilan Kematian Anak Dipersenda

“Allahuakhbar..Banyaknya fitnah yang bertebaran. Kuatkan hati hamba Mu ini Ya Allah. Kepada Eina Outlet, Kami tak tau pula kalau kamu salah seorang daripada ahli keluarga kami yang tersesat nun di negeri Kedah.

“Sehinggakan komen kamu tentang kematian anak saya seolah-olah kamu ada di hospital ketika anak saya meregang nyawa. Saya anggap komen kamu keterlaluan dan ianya FITNAH besar yang harus saya pikul.

“Kamu seolah-olah menuduh saya telah membunuh anak sendiri dan sengaja memilih tarikh yang jatuh pada hari Jumaat untuk kematian anak saya. Sungguh kamu tak punya hati nurani sebagai seorang insan,” tulisnya.

Menerusi perkongsian di Facebook, Syakinah turut memuat naik komen netizen berkenaan yang mendakwa arwah Sandra meninggal dunia pada hari Jumaat selepas keluarga memutuskan untuk menghentikan bantuan alat pernafasan.

Menjelaskan situasi sebenar, Syakinah berkata anaknya sudah boleh bernafas sendiri selepas menjalani pembedahan. Bagaimanapun sehari selepas pembedahan keadaan kesihatan anaknya semakin merosot.

“Untuk pengetauhan kamu dan juga semua orang yang membaca luahan hati saya ni. Selepas 3 hari kemalangan iaitu pada hari Selasa, anak saya dah boleh bernafas sendiri dengan sedikit bantuan oksigen.

“Pada hari Rabu dia menjalani pembedahan tube pernafasan untuk membantu dia bernafas sendiri tanpa bantuan mesin. Sila rujuk gambar! Selepas pembedahan dia stabil pada siang hari Khamis tu, saya menjaganya di wad sepanjang hari sehingga ke malam, tak makan tak minum..

“Keadaannya menjadi tenat mulai jam 11pm sehingga lah membawa kepada kematiannya pada jam 1am Jumaat. Ketika dia tenat, doktor bertungkus lumus untuk membantu dia,” jelasnya.

Terkilan dengan tuduhan melampau individu berkenaan, Syakinah berkata dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap netizen tersebut yang melemparkan fitnah terhadap mereka sekeluarga.

“Jadi, di mana rasionalnya kamu menuduh kami ahli keluarganya sengaja menyuruh doktor mencabut mesin pernafasanya sedangkan dia sudah boleh bernafas sendiri?!! Ini fitnah dan saya akan saman kamu!