Ibu Arwah Sandra Dianne Terkilan Kematian Anak Dipersenda
Sudahlah baru sahaja kehilangan anak tersayang, hati ibu mana yang tidak terluka apabila pemergian anaknya dikecam dan dipersendakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Ibu kepada Allahyarham Sandra Dianne iaitu Nur Syakinah akui beberapa komen di media sosial mempersoal dan mempersendakan kematian anaknya begitu mengguris hatinya.
BACA: Arwah Sandra Dianne Minta Baju Putih Sebelum Kemalangan
Menurutnya, siapa yang tidak terasa apabila soal kematian anak menjadi modal kecaman manusia yang tidak berperikemanusiaan. Ujarnya, individu tersebut tidak sepatutnya menulis komen sebegitu dalam keadaan keluarganya sedang berkabung.
“Terima kasih kerana anda sudi komen walaupun komen anda tak sepatutnya ditulis sebegitu.
“Saya tak mahu bercerita tentang ini tetapi memandangkan komen anda sinis dan memedihkan hati, sebagai seorang ibu yang kehilangan anak dalam kemalangan yang tragis ingin saya beritahu ya, anak saya yang awak cakap mati katak tu meninggal dalam keadaan menangis dan hidungnya berpeluh.
“Wajahnya bersih, tenang seperti orang sedang tidur. Keluarga kami sedang berkabung, berhati-hatilah dengan komen-komen anda. Saya yakin Allah tempatkan anak saya dalam kalangan orang-orang yang diredai. InsyaAllah,” katanya.
Menerusi perkongsian di Facebook itu, Nur Syakinah turut memuat naik paparan skrin komen yang ditulis oleh individu itu.
Terdahulu, Allahyarham Sandra yang juga peserta program Big Stage 2020 disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya, semalam, selepas terbabit kemalangan pada Sabtu lalu.
- SUMBER
- Harian Metro
Yg komen tu apam ko ijau berulatt mcm taek lembu
Jahatnya comment…kesian ibu arwah mestilah sedih…hairan tak takut dosa ke kan org dah takde kau ngumpat…
Semoga Kita ambil pedoman ttg perkara macam ni…ambil yg positif yg boleh Kita renungkan.nauzubillah. semoga Kita semua insaf..aminnn
Orang tengah bersedih, agak agak la oi. Memang susah ye nak doa yang baik baik untuk arwah ?esok esok kalau tak jadi kat ko, jangan sampai jadi kat keluarga ko atau keturunan ko. Angkuhnya komen gitu, adakah ko wakil tuhan .
Takutnya baca komen tuu.. jgn la mulut mcm tu sgt.
Kita x tahu kebaikan yg aruah pernah lakukan atau amalan2 baiknya yg mungkin mmbawa kpd kebaikan di alam barzah… Kau yg tulis mcm tu mcm mana nak minta maaf dgn aruah. Dosa dgn tuhan boleh la kau bertaubat. Dosa dgn manusia??
Melayu babi biasa lah..mana reti bahasa dn hormat org..tau nak menyalak ni tanah bapak dia jer…jijik prangai melayu
Ambik iktibar dan diam2 je, improve diri
Jangan buka mulut mengata org terutama yang dah arwah.
Sekurangnya Allah bagi arwah peluang koma beberapa hari. Siapa tahu arwah bertaubat di hujung saatnya… Pintu syurga ni ada banyak cara, lupa ke kisah seorang pelacur yang masuk syurga kerana bagi anjing minum air? Takut aku baca comment manusia mengaku Islam ni, berhati hatilah beri komen….syurga neraka siapa tahu…semua rahsia Tuhan…
tak bersyukur emaknya bawa dia dalam Islam.
menghina org yg sdh meninggal tidak fikir keluarga yg tinggal.
hairan org alim2 ini.
moga arwah ditempatkan dlm kalangan yang beriman..amiin
allahu.. kenpa komen mcm tu.. ya allah.. kot fmily hang org komen mcm tu.. kau jgn emo ea…