Baru-baru ini, pasangan Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim yang mengesahkan tali percintaan mereka terjalin membuatkan para peminat turut gembira. Selain kegembiraan peminat, Zahirah juga nampaknya turut mendapat restu keluarga dan perkara tersebut dikongsikan oleh ibunya di Instagram.

BACA: Putus Cinta Buat Zahirah Macwilson Rasa Bebas



Percintaan Zahirah bersama Zul Ariffin sebelum ini memang panas habis dengan Zul dan ayah Zahirah sendiri seakan berbalas kenyataan. Namun masa mengubat segala dan kini Zahirah telah bertemu pengganti buat dirinya. Mana Kamal Adli sebelum ini turut terlibat sama?

Semoga restu peminat dan keluarga membawa pasangan ini ke jinjang pelamin. Padan sangat kata peminat mereka berdua malah ada yang menyatakan sudah lama berdoa dalam diam agar jodoh mereka dipertemukan.



Apa pun, semoga Zahirah dan juga Aiman bersedia berhadapan dengan dugaan sepanjang dalam hubungan ini. Cabaran bercinta di kalangan selebriti adalah tinggi namun semoga segalanya dipermudahkan hinggalah ke hari bahagia nanti. (rtky/s)

Watsons Malaysia kini sedang mengadakan Watsons Buy-Buy Year End Sale dengan potongan harga barangan sehingga 50% di seluruh Malaysia. Ahli kad Watsons juga akan menerima HADIAH PERCUMA edisi terhad.

Ayuh serbu cawangan Watsons seluruh Malaysia untuk belanja keperluan diri untuk tahun baru!

Tertakluk terma & syarat, sementara stok masih ada.