fbpx

Putus Cinta Buat Zahirah Macwilson Rasa Bebas

Waktu putus cinta bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui namun dalam masa yang sama pasti ada hikmah dengan perkara yang berlaku. Itulah yang berlaku kepada Zahirah Macwilson malah apa yang dilaluinya kini adalah yang terbaik.

BACA: Zahirah Macwilson Dituduh Pakai Baju Nampak Bra

“Rasa lebih bebas tanpa cinta. Tak perlu lagi memeriksa telefon berulang kali. Lebih penting masa ini memberi peluang untuk saya fokus kepada kerjaya. Waktu itu juga (bercinta), saya ambil mudah semua perkara termasuk tawaran yang datang kerana merasakan pasti (akan) ada peluang lain,” katanya kepada Utusan Online.

Tidak merasakan apa yang dilaluinya itu sebagai satu penyesalan, Zahirah kini mahu memberi fokus kepada kerjaya. Malah bapanya, Zainol Macwilson turut gembira dengan berita perpisahannya bersama Zul Ariffin sebelum ini.

“Sebagai seorang ayah, saya yakin dia hanya mahukan yang terbaik untuk anaknya. Dia mesti mempunyai sebab tertentu untuk menentang hubungan tersebut,” kongsinya lagi. (rtky/s)