Ibu Pujuk Uqasha Senrose Pergi Tunaikan Umrah
Pelakon Uqasha Senrose mendedahkan yang beliau bakal mengerjakan umrah bersama ahli keluarganya pada hujung Disember 2018 ini dan berkongsi cerita bagaimana beliau terbuka hati untuk ke tanah suci Mekah.
Uqasha Senrose berkata sindiran dari ibunya membuka hati beliau untuk mengerjakan umrah selepas lebih setahun menolak pujukan ibunya untuk pergi ke sana atas alasan sibuk bekerja dan jadual yang padat.
BACA: Uqasha Senrose Terkejut Terima Mesej Dari Suami Orang
“Mama menempelak saya, mengapa boleh mengumpul duit untuk ke London, Australia dan sebagainya tetapi tidak mahu jejakkan kaki ke Mekah sedangkan saya masih muda serta berkemampuan”
“Malah Nelydia juga memaksa saya mengambil cuti awal daripada jadual penggambaran sambil memberitahu, inilah masanya untuk menghabiskan masa dengan keluarga sambil beribadat bersama-sama. Lagipun umrah cuma dua minggu, jadi saya turutkan sahaja permintaan mereka,” ujarnya.
Pelakon tersebut menambah yang beliau enggan befikir banyak tentang tanggapan ramai yang mengatakan selebriti pulang dari mengerjakan umrah perlu berubah terutamanya dari segi pemakaian.
“Saya tidak mahu berubah kerana takutkan pandangan orang. Saya pernah lakukannya sekali (berhijab) dan akhirnya, ia tidak berpanjangan. Jadi, berilah peluang kepada saya untuk beribadah dengan tenang dan doakan sahaja yang baik-baik,” tambahnya. (rtky/m)
- SUMBER
- KOSMO!
maaf nak mgingatkan artis dan utk saya jugak..artis pegi umrah dgn rambut merah..better tnya ustaz yg bwak tu sah ke tidak segala amalan wajib tu nanti..takut klu x sah..blik dlm keadaan ihram ..nk pegi umrah bukan sekadar ada duit..ilmu ttgnya kena ada..wallahu’alam
Disebabkan org atas tu bersoalan mcm tu.saya pun terlintas..sajjad ade meluahkan hasrat nya bakal ke Mekkah nanti..apekah sah dia ke Mekkah setelah kottey nya telah dibuang di thailand??.. saya xminat nak pertikaikan dosa pahala org cuma terfikir jer..Allah s.w.t maha berkuasa dan berkehendak keatas hamba2NYA. #clise
Kat Mekah jangan bawak pill Eramin 5….#donedakwah.