fbpx

Kebanyakan ibu hamil pasti akan melalui fasa mengidam, ada kalanya perkara atau makanan yang diidamkan mereka ada yang pelik-pelik.

Baru-baru ini, ibu kepada Neelofa iaitu Datin Noor Kartini berkongsikan ada menerima emel daripada pengikutnya yang hamil tiga bulan teringin merasai nasi goreng daging harimau menangis air tangannya.

BACA: Mulia Hati Ibu Neelofa, Sedekah Makanan Kepada Tukang Sapu

Kata wanita itu lagi, dia sanggup membayar harga nasi goreng asalkan dapat melepaskan rasa ‘mengidam’. Tidak mahu menghampakan permintaan wanita hamil itu, Datin Kartini menunaikan hasrat wanita itu dan siap menghantar nasi goreng tersebut di depan rumah.

Kata Datin Kartini, dia sebak sebaik sahaja membaca hasrat wanita itu dan tidak sampai hati untuk menolak. Datin Kartini berkata lagi, dia berharap ianya dapat menjadi titik permulaan silaturahim antara mereka.

“Tak sampai hati rasanya nak menghampakan hasrat seorang ibu yang sedang mengandung. Syukur alhamdulillah aunty dapat masak dan hantar sendiri kepada Aina. Semoga ianya dapat menjadi satu permulaan silaturrahim di antara aunty dan juga keluarga Aina,” tulisnya.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji sikap keibuan Datin Kartini dan mendoakan agar ibu kepada selebriti popular itu dimurahkan rezeki.