fbpx

Mulia Hati Ibu Neelofa, Sedekah Makanan Kepada Tukang Sapu

Meskipun terpalit dengan kontroversi, namun ibu kepada selebriti popular Neelofa iaitu Datin Noor Kartini tetap tenang menjalani kehidupan seperti biasa.

Baru-baru ini, Datin Kartini berkongsi rezeki dengan tukang sapu sampah yang bekerja di kawasan Taman Tun Dr Ismail (TTDI) semalam.

BACA:  Polis Panggil Ibu Neelofa Beri Keterangan

Menerusi perkongsian di Instagram, Noor Kartini menyediakan dua menu iaitu roti bakar dan kari ayam untuk diagihkan kepada 40 individu. Malah, Noor Kartini turut berkongsikan dia telah membeli sebanyak tiga ekor ayam untuk menyiapkan juadah tersebut.

“Wow periuk besar hari ini. Aunty Tini masak tiga ekor ayam..banyak. Sebab kita nak bahagi dekat orang bekerja di tepi jalan, yang tengah sapu daun kering dekat kawasan Taman Tun. Kita hantar makanan dekat mereka.

“40 kepung roti dah siap bakar..kari ayam pun dah siap. Kita kongsi rezeki, mesti mereka gembira,” katanya.

Dalam pada itu, Noor Kartini sempat berkongsikan gambar tukang sapu sampah yang tersenyum menerima bungkusan makanan serta sampul duit raya.

Terdahulu, hangat diperkatakan mengenai perkongsian Noor Kartini yang didakwa mempertikaikan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.