fbpx

Ibu Kekasih Pengsan, Azri Iskandar Nak Saman Wanita ‘F’ & Portal Berita

Sejak Jumaat lalu, hangat diperkatakan apabila seorang wanita dikenali sebagai F mendakwa diajak bernikah oleh Azri Iskandar serta sudah berjumpa dengan keluarga pelakon itu di kampung.

Memetik Harian Metro, Azri berkata tuduhan wanita itu menjejaskan namanya kerana dia tidak pernah mengajak wanita itu berkahwin serta akan mengambil tindakan undang-undang terhadap F serta portal yang terlibat.

BACA: Bantah Kahwin Terburu-buru, Anak-Anak Anggap Azri Iskandar Tak Hormat Tempoh Edah Ibu

“Saya akan saman wanita (bernama F) dan portal itu. Saya tidak pernah ajak dia (wanita F) kahwin. Saya akan saman dia. Saya hanya ajak Azra Diera seorang saja kahwin lepas saya bercerai bukannya perempuan itu.

“Saya minta tolong dia hantar balik kampung sebab cukai jalan kereta dan lesen memandu saya sudah tamat tempoh selain minta hantar pergi kubur mak saya saja.

“Bukan kenalkan sebagai calon isteri seperti didakwa. Saya ada saksi tiga orang makcik saya. Mereka tahu saya ada cakap fasal kahwin atau tak,” katanya.

Menurut Azri lagi, dia hanya cintakan Azra sahaja serta meluahkan rasa syukur dipertemukan dengan bakal isterinya itu.

“Waktu itu saya tidak ada calon isteri yang tepat lagi. Maka pada 29 Mei Allah temukan saya dengan Azra Diera. Saya balik kampung antara 25 atau 26 Mei.

“Saya belum kenal Azra lagi masa tu. Jad, celah mana perempuan tu kekasih saya? Saya cintakan dan hanya ada Azra seorang. Cinta terakhir saya sampai mati,” katanya.

Kata Azri lagi, disebabkan pendedahan wanita ‘F’ itu, ibu kepada kekasihnya Dr Azra Diera, pengsan dan dimasukkan ke hospital sejak Jumaat lalu.

“Mak Azra pengsan selepas tengok video temubual wanita itu. Sampai sekarang masih ditahan di hospital. Sedangkan mak dan ayah Azra menunggu masa saja saya bawa keluarga berjumpa mereka di Perlis. Mak dan ayah Azra pula sudah berumur 70 tahun lebih,” katanya.

Dalam pada itu, Azri berkata meskipun selepas pendedahan wanita F itu, Azra tetap mencintai dirinya serta tidak ambil peduli dengan apa yang berlaku sebelum ini.

“Azra setia dengan saya. Dia tak ambil ‘port’ pun. Sejarah kami bermula 29 Mei hingga sekarang. Apa yang berlaku sebelum itu kami tak kisah kerana ia cerita lepas,” katanya.

Sementara itu, Azri berkata susulan kontroversi itu dia digugurkan dari persembahan Teater Tan Sri Elyas kerana didakwa membawa impak buruk tanpa bertanya langsung mengenai fitnah tersebut.

“Saya juga digugurkan dari pementasan teater Tan Sri Elyas oleh DBKL kerana mereka pun ingat berita fitnah tu betul. Mereka tak tanya saya langsung tapi terus buang,” katanya.