fbpx

Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai pelakon Azri Iskandar yang mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga lagi tidak sampai sebulan bercerai dengan bekas isterinya, Ellie Suriaty.

Memetik Utusan, susulan pelbagai kontroversi terpalit bapanya, anaknya iaitu Azrell Omar Iskandar tampil membuka mulut. Azreel berkata dia dan adik-beradiknya yang lain tidak begitu setuju dengan hasrat bapa mereka untuk berkahwin lain kerana ianya terlalu cepat.

BACA: Azri Iskandar Minta ‘F’ Jangan Perasan, Hanya Minta Tolong Hantarkan Ziarah Kubur Ibu

“Secara dasarnya, kami adik-beradik tak setuju sangat. Iyalah, baru saja bercerai dengan mak yang masih dalam tempoh edah. Jadi bagi kami, faktanya ialah, dia macam tak hormat tempoh edah mak.

“Lagipun, saya, kakak-kakak dan abang, fikir sebenarnya ayah patut ambil masa selepas bercerai itu untuk fokus kerjaya dulu. Bukan terburu-buru untuk kahwin. Paling tidak pun, hormatilah tempoh ini,” katanya.

Ditanya sama ada dia dan adik-beradiknya ada berterus terang dengan bapa mereka mengenai perkara itu, Azrell berkata dia bimbang jika perkara itu menimbulkan salah faham.

“Kami dah cuba untuk cakap dengan dia, tapi macam takut dia salah faham.Takut dia terasa sebab boleh dikatakan sekarang ini, apa yang dia buat ini macam tanpa sedar.

“Contoh, pasal perempuan bernama F itu pun, saya pun tak tahu ayah saya main Facebook kenal dengan siapa. Tahu-tahu muncul cerita pasal F , itulah, inilah.

“Tapi kalau ya dia betul nak kahwin lain, tetap nak ikut cara dia, kami reda sajalah. Dah tak tahu nak cakap apa. Terus-terang, kalaulah dia boleh sekurang-kurangnya hormati tempoh edah ini, saya okey,” katanya.

Dalam pada itu, Azrell berkata jika benar bapanya mahu berkahwin dia berharap wanita bernama Azra itu dapat menjaga bapanya dengan baik.

“Kalau betul impian dia nak berkahwin dengan perempuan itu, saya harap perempuan itu dapat menjaga dia. Jangan pandang sebab harta atau apa sebab kami selama ini pun, bukannya orang senang,” katanya.

Terdahulu, hangat diperkatakan apabila seorang wanita bernama F mendakwa hatinya dipermainkan pelakon itu. Wanita itu berkata dia mengenali Azri sejak lima tahun lalu dan berhubung semula selepas dua hari Azri bercerai dengan bekas isterinya, Elly Suriaty.