Ibu Dedah Ruhainies Kahwin Tahun Depan
Tidak lagi berahsia mengenai status hubungannya bersama kekasih yang dikenali sebagai Mr E, baru-baru ini ibu Ruhainies, Che Bunga Salleh mendedahkan bahawa anaknya itu bakal berkahwin tahun depan.
Menurut ibunya lagi, dia mahu anak-anaknya berkahwin mengikut giliran dimana kakak Ruhainies iaitu pelakon Risteena yang akan melangsungkan perkahwinan tahun ini.
BACA: “Kalau Jodoh Mat Despatch Pun, Ruhainies Akan Cinta Seikhlas Hati”
“Saya semahunya mahu anak-anak berkahwin ikut giliran. Biarlah Risteena melangsungkan perkahwinannya yang akan berlangsung tahun ini kemudian barulah Ruhainies menyusul tahun depan.
“Jujur, saya sangat teruja melihat anak-anak bahagia dengan pasangan masing-masing. Tidak sabarnya menyambut menantu dan melihat keluarga jadi lebih besar,” katanya kepada Harian Metro.
Dalam pada itu, ibu kepada dua pelakon cantik itu mahu anak-anaknya disatukan mengikut adat melayu bermula daripada merisik, bertunang dan barulah bernikah.
Terdahulu, Ruhainies mengakui sudah menerima lamaran Mr E juga ahli perniagaan yang kini menetap di London serta memiliki tiga cawangan butik terkenal di Malaysia. Kekasihnya itu juga turut menghadiahkan sebentuk cincin yang ditempah khas.
- SUMBER
- Harian Metro
Mak dia nak jd Tuhan ke.siap atur giliran jodoh anak.mcm hidup mati dan jodoh ditangan dia..makin terok prangai melayu2 hari ni.nama jer melayu tapi prangai mengalahkan kafir firaun.
Mak dia merancang kenduri kot? senang nak cari penaja bagai.
dah ada jodoh kann …. biarlah mak dia .. bukannya mak ko
Camne nak mgorat org kaya ni sebenarnya…. Peningku memimirkan strategies… Uqasha pun gagal n terpaksa memainkan sentimen simpati Melayu.
Tapi Syed Abdullah tu mmg hensem k… Sesiapa yg menafikan adalah makcik bawang yg dayus n no taste.