fbpx

“Kalau Jodoh Mat Despatch Pun, Ruhainies Akan Cinta Seikhlas Hati”

Tidak lagi berahsia mengenai status hubungannya bersama kekasih, baru-baru ini pelakon cantik Ruhainies mendedahkan dia sudah menerima lamaran Mr. E yang juga merupakan seorang ahli perniagaan yang menetap di London.

Rata-rata peminatnya gembira mendengar perkhabaran tersebut, namun masih ada segelintir netizen mengatakan Ruhainies memilih jejaka tersebut hanya kerana harta dan kekayaannya.

BACA: Ruhainies Dilamar Di Itali, Cincin Ditempah Khas

Bagaimanapun, kekasihnya yang menggunakan akaun Instagram bernama Elffjohan membalas komen negatif dari netizen itu dengan mengatakan soal hati tidak ada kena mengena dengan pekerjaan dan rupa paras seseorang.

Mr. E juga menyatakan, jika dijodohkan dengan lelaki yang berkerja sebagai mat despatch sekalipun, Ruhainies akan tetap mencintai lelaki tersebut dengan seikhlas hati. Ujarnya lagi, Ruhainies mencintainya kerana dirinya dan bukan kerana harta.

Dalam masa sama, Ruhainies turut membalas komen tersebut dengan mengatakan dia menerima sesiapa pun jika itu adalah jodoh yang ditentukan oleh Allah.