Ibu Dedah Fasha Sandha Nikah 30 Mac Ini

Sebelum ini Fasha Sandha dan Aidil Aziz memberitahu bahawa mereka bakal melangsungkan pernikahan pada penghujung Mac ini. Bagaimanapun, tarikh sebenar pernikahan mereka tidak didedahkan.

Terbaru, ibu Fasha Sandha, Hatijah Teh Man mendedahkan anaknya itu bakal melangsungkan pernikahan dengan Aidil Aziz pada Sabtu ini, 30 Mac 2019.

BACA: “Kali Ini Saya Rasai Erti Perkahwinan Yang Sebenar”

Perkara itu dikongsikan menerusi akaun Instagram miliknya malam tadi. Menerusi entri tersebut, ibunya turut mendoakan kebahagiaan buat anaknya itu.

“Sebelum menjelangnya lusa (30 Mac), bersempena anakku akan bergelar isteri kepada Aidil. Mama ucapkan agar berbahagia hidupmu anak sehingga ke Jannah.

“Mama mendoakan agar Aidil dapat memberi kasih sayang kepadamu terutama kepada cucu-cucu mama sehingga ke hujung nyawa dengan seikhlas hatinya,” tulisnya.

Terdahulu, majlis pernikahan Fasha dan Aidil dikhabarkan bakal berlangsung hujung minggu ini namun merahsiakan tarikh majlis tersebut. Difahamkan, mereka bakal bernikah di kampung halaman Fasha yang terletak di Perlis Indera Kayangan.

×