Ibu Dakwa Aiman Tino Dikongkong Kekasih?
Tiada angin tiada ribut, perkongsian ibu kepada penyanyi Aiman Tino iaitu Hazelina Mat Jalil mengejutkan ramai apabila meluahkan rasa terkilan dengan sikap anaknya didakwa sudah berubah hingga mengabaikan kerjaya seni.
Menerusi satu perkongsian di Instagram itu, Hazelina mendakwa anaknya dikongkong oleh seorang wanita serta gagal dihubungi sehingga mengganggu semua urusan berkaitan kerjayanya sebagai penyanyi.
BACA: Ibu Aiman Tino Tukar Nama Anak Selepas Dengar Bisikan Misteri
“Kalau dah tak mahu jadi artis, sila buat pengumuman dan jangan susahkan kami. Macam itulah kalau dah dikongkong. Panggilan tak angkat, wartawan dan stesen televisyen turut mencari. Harap maklum pada yang berkenaan,” tulisnya.
Meskipun tidak menyebut nama namun status tersebut dipercayai ditujukan kepada Aiman. Malah, perkongsian itu turut mendapat tanda suka daripada akaun rasmi milik Aiman.
Dalam pada itu, menerusi Insta Story Hazeline turut memuat naik status memberi amaran kepada seorang wanita dikenali sebagai Fara dikatakan kekasih Aiman.
Terdahulu, pada 5 Januari lalu, Hazelina ada memuat naik foto Aiman serta meluahkan rasa rindu dan sayang terhadap anak lelakinya itu. Bagaimanapun, setakat ini masih tiada kenyataan lanjut daripada Aiman berhubung dakwaan ibunya itu.
- SUMBER
- mStar Online
Sendu…
Jgn derhaka kpd ibu. Menyesal x sudah nanti.
Buruknya bahasa mak dia…
Mak pon…mcm mak Bedah bawang. Geram ker tu?
SELAMAT MENIMANG CUCU MAKCIK… AHAHAHAHAH…BAIK LA PULAK JADI GAY! POOKIE ANAK DARA ORG SELAMAT. HUJUNG BULAN JENGUK MAK AYAH.
Masa utk merudum maybe. Pompuan pun kenot think ka. Ko kongkong dia watpe. X de duit kang ang nak cari boyfren baru ka
fara mana ne ….tak kan fara shuib tu lagi
Aduhai… teruk nye bahasa mak die..mak kot,camtu bahasa nye..ngn budak2 pun nk gaduh ckp camtu
bahasa yg di gunakan ibu dia, mmg amat kasar dan tak sepatutnya seorang ibu bersikap begitu.
Mak punya bahasa macam minah rempit lahhhhhhhh lolz
Mak kau tu dia yg lahir hang.hang x berhak utk merajuk apa yg dia cakap.mmg dasar betina.kongkong anak orang x bg cakap dgn mak.
Mak tetap mak..jgn derhaka ye