fbpx

Ibu Aiman Tino Tukar Nama Anak Selepas Dengar Bisikan Misteri

Baru sahaja menimang cahaya mata ke-11 sebulan lalu, ibu kepada Aiman Tino iaitu Hazelina Mat Jalil menukar nama anak bongsunya selepas mendengar bisikan misteri ketika waktu sahut 10 Ramadan terakhir yang lalu.

Hazeline atau lebih dikenali sebagai Riena menceritakan semasa kejadian dia memanggil anaknya Nina Qalsya namun tiba-tiba ada suara lembut menyebut Siti Maryam. Dia kemudian memberitahu suaminya dan bersetuju untuk menukar nama anak mereka.

BACA: Aiman Tino Dapat Adik Baru, Ibu Lahirkan Anak Ke-11

“Masa itu bulan puasa, semua tengah sahur. Memandangkan saya tengah pantang jadi duduk di bilik. Tiba-tiba dengan suara memanggil Siti Maryam.

“Selepas itu baru tersedar suasana ketika itu sunyi dan tenang. Terus saya bangun dan beritahu suami tentang perkara itu,” katanya kepada mStar Online.

Riena yang juga merupakan penulis lirik berkata suami serta anak-anaknya bersetuju dengan cadangan menukar nama baru tersebut. Malah, nama itu membawa maksud yang baik dan merupakan nama ibu kepada Nabi Isa.

Ujarnya lagi, memandangkan cahaya mata bongsunya itu lahir ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi dia masih belum berkesempatan mendaftarkan nama asal anaknya itu.

“Sejujurnya tak pernah terlintas difikirkan nama baru itu, saya anggap ada hikmah atas apa yang berlaku dan mungkin nama itu istimewa untuk anak bongsu kami.

“Ada hikmah saya bersalinkan Maryam semas PKP, jadi ada kelonggaran serta lanjutan masa untuk mendaftar nama di Jabatan Pendaftaran Negara. Kami doakan nama itu akan membawa rahmat dan kebaikan untuk anak terakhir kami ini,” katanya.