fbpx

Ibu Beri Bayangan Rumah Tangga Aliff Syukri Bermasalah?

Rasanya sudah lama kita tak dengar cerita mengenai Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida. Malah, tiada lagi kontroversi panas terpalit usahawan kosmetik itu. Seperti diketahui, pasangan ini bakal menimang cahaya mata kelima tidak lama lagi.

Jika anda mengikuti akaun Instagram pasangan ini, mereka dilihat sering memuat naik perkongsian luahan sedih seolah menggambarkan rumah tangga mereka bermasalah. Malah, kedua mereka dilihat sudah lama tidak memuat naik gambar bersama.

BACA: Aliff Syukri Mahu Berduet Dengan Anuar Zain, Faizal Tahir

Lebih menjadi tanda tanya perkongsian oleh ibu Aliff Syukri iaitu Bonda Rozita Ibrahim seakan mengiyakan rumah tangga anak menantunya itu kini berdepan masalah.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, Bonda Rozita mengatakan Aliff memarahi isterinya kerana ‘banyak ragam’ sedangkan isterinya sarat hamil dan tidak mahu terlibat dalam penggambaran Oh Abang Kosmetik.

Malah, Bonda Rozita turut berpesan kepada anaknya itu supaya tidak cari pasal dan menghormati isterinya lebih-lebih lagi dengan keadaannya yang berbadan dua.

Apa pun diharap rumah tangga mereka baik-baik sahaja. Semoga pasangan ini akan terus bahagia dan dapat menempuhi segala ujian rumah tangga dengan penuh kesabaran.