fbpx

Ibu Bapa Dedah Anak-Anak Berhenti Menangis Dengar Lagu Raya Iman Troye

Lagu raya pertamanya berjudul Pejam Celik Hari Raya mendapat sambutan luar biasa daripada pendengar, Iman Troye akui rasa teruja.

Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin berkata dia juga terharu lagunya itu dapat mengembalikan mood raya orang ramai, malah disukai semua peringkat usia.

BACA: Iman Troye Dihentam Peminat K-Pop Gara-Gara Komen Jerawat

“Alhamduillah syukur apabila lagu raya pertama saya ini merima jumlah tontonan yang tinggi sehingga trending di laman YouTube.

“Percaturan kami lancar lagu ini sebelum bulan Ramadan kiranya menjadi, sahaja kita lancar awal sebab nak bawa vibe raya tu.

“Antara komen positif ada ibu bapa suka tengok anak-anak mereka berhenti menangis dan menari sekali bila dengar lagu ini. Memang niat awal kita buat lagu ni untuk orang happy, bila budak-budak suka, ibu bapa pun suka. Alhamdulillah semua suka,” katanya.

Setakat ini, lagu ciptaan A. Ramlee dan Ezra Kong itu menerima hampir lima juta tontonan sejak dimuat naik pada 9 April lalu.