fbpx

Iman Troye Dihentam Peminat K-Pop Gara-Gara Komen Jerawat

Nama penyanyi baru Iman Troye sememangnya cukup dikenali ramai lebih-lebih lagunya berjudul Teman menjadi siulan ramai peringkat usia.

Bagaimanapun, sejak pagi tadi nama penyanyi berusia 19 thaun itu trending di Twitter apabila dihentam oleh peminat K-Pop. Semuanya gara-gara komen ditinggalkan oleh Iman di artikel rahsia bintang K-Pop Jaehyun NCT miliki wajah bersih yang dikongsikan di Instagram portal mStar.

Susulan komennya itu, ramai peminat K-Pop bertindak mengugut serta melemparkan kata-kata kurang enak terhadapnya di media sosial disebabkan kenyataannya itu.

Tidak hanya berdiam diri, Iman tampil menjelaskan bahawa dia tidak mengkritik wajah penyanyi K-Pop itu sebaliknya ingin mempertahankan artis K-Pop berkenaan yang dituduh melakukan pembedahan plastik oleh netizen.

Dalam pada itu, Iman turut memohon maaf jika ada pihak yang terasa di atas salah faham tersebut serta mengakui kekurangannya yang tidak memiliki kecantikan dan suara seperti yang netizen mahukan.