fbpx

Aiman Tino Dapat Adik Baru, Ibu Lahirkan Anak Ke-11

Tahniah diucapkan kepada penyanyi Aiman Tino dan kakaknya, Fara Hazel yang baru sahaja mendapat adik perempuan apabila ibu mereka, Hazelina, 43 tahun melahirkan anak yang ke-11, Khamis lalu.

Hazelina berkata bayi perempuan seberat 3.39 kilogram itu dilahirkan secara normal di Hospital Selayang pada jam 6.55 pagi. Ujarnya proses kelahiran berjalan lancar, cuma lambat sedikit bayi mahu keluar sehingga terpaksa berada di bilik bersalin hampir 8 jam.

BACA: Video Lucah Mirip Aiman Tino Tersebar Lagi?

“Alhamdulillah proses kelahiran anak ke-11 ini dipermudahkan, cuma lama sikit baby keluar, tunggu di bilik bersalin dari pukul 11 pagi sampai 6 petang.

“Namun semuanya berjalan lancar, 11 kali bersalin semestinya sakit dan pengalaman itu tak sama, perasan gementar dan takut itu mesti ada. Saya dan suami dah fikirkan nama iaitu Nina Deylisya,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Hazelina berkata itu adalah cahaya mata terakhir mereka selepas doktor menyarankan supaya tidak lagi bersalin disebabkan faktor kesihatan. Ujarnya, selepas ini mereka menanti kehadiran cucu pula.

“Penerimaan anak-anak lain semuanya happy dan seronok dapat adik baru, maklumlah lima tahun tak ada adik. Ini anak terakhir sebab doktor pun dah sarankan untuk saya ‘tutup kilang’ dan atas faktor kesihatan. Lepas ni kami tunggu cucu pula,” katanya.