Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai pelakon Fatiya Latiff yang mengkritik rupa paras aktres Zahirah Macwilson seperti bibik.
Malah, Fatiya turut mengatakan dia lebih cantik berbanding Zahirah dan aktres itu tidak akan dapat menandinginya. Tegasnya lagi, dia tetap dengan pendiriannya kerana dia bebas bersuara.
BACA: Fatiya Latiff Mohon Guna Escort Polis, Pengawal Untuk Ke KLIA
Lebih kecoh apabila bekas kawan baiknya, Zarina Anjoulie turut bersuara mengenai isu tersebut dan saling berbalas mengeluarkan kenyataan antara satu sama lain.
@fatiya.latiff Korang ni satu cakap dia mental.fathia tak mental la korang?Siapa je nak ngaku #bibik #viral #fyp #fathialatif #fatiyalatiff #zahirahmacwilson #anju #anjulovers
Susulan tu, ada netizen tertanya-tanya adakah Fatiya mengalami masalah kesihatan mental. Bagaimanapun, Fatiya menafikan dakwaan berkenaan.
Menurut Fatiya jika dia mengalami masalah tersebut sudah pasti dia berada di Hospital Tanjung Rambutan dan bukannya berada di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.
“I tak mental, OMG..Kalau I mental, I dah dekat Hospital Tanjung Rambutan. I’m here, at one of the best hotel in Malaysia. Get well soon? I’m not sick,” katanya ketika sesi live.
Semalam, Fatiya memaklumkan dia bakal meninggalkan Malaysia hari ini namun tidak didedahkan destinasi ke mana ingin dituju.