Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai pelakon Fatiya Latiff susulan kenyatannya mengutuk aktres Zahirah MacWilson serta mengatakan wajahnya seperti bibik.
Terbaru, perkongsian Fatiya menjadi perhatian apabila memuat naik mesej perbualan dengan seorang individu meminta bantuan pengangkutan dan keselamatan untuk mengiringinya ke KLIA pada Khamis ini.
BACA: Fatiya Latiff Yakin Zahirah, Aiman Tak Berani Saman
Individu tersebut membalas mereka boleh mengiringi menggunakan polis trafik dan pengawal keselamatan untuk ke lapangan terbang.
Menerusi perkongsian itu, Fatiya turut menulis kapsyen ringkas, ‘Bye bye Malaysia’ seolah memberi bayangan dia bakal ke luar negara namun tidak dikongsikan lebih lanjut ke mana destinasi dituju.
Terdahulu, Fatiya menegaskan sebagai rakyat Malaysia dia mempunyai hak kebabasan bersuara dalam memberikan sesuatu pandangan.
Katnaya lagi, dia tetap dengan pendapatnya bahawa pelakon Zahirah seperti bibik serta tidak gentar jika disaman oleh aktres berkenaan dan suaminya, Aiman Hakim Ridza.