Mengakui hubungan di antara Pekin Ibrahim mulai rapat sejak sama-sama menjalani penggambaran filem “Paku Pontianak”, Uqasha Senrose yang pernah menimbulkan kontroversi berikutan gambar cium bersama Nabil Ahmad tersebar di internet kini menjadi kerisauan pihak pengurusan MIG.
Bagi mereka yang tidak tahu, apabila bergelar artis MIG, mereka dilarang menjalin hubungan cinta dan perkara tersebut termaktub di dalam kontrak.
Seperti tidak mengendahkan teguran dari pihak pengurusan yang risau dengan tingkah laku liar Uqasha, dia terus dengan sikapnya dengan memuat naik gambar mesra mereka berdua di laman Instagram.
“Dia sudah beberapa kali diberi teguran dari pihak pengurusan supaya fokus dengan kerjaya lakonannya, bukan soal cinta. Boss (David Teo) pun tidak suka,” kata seorang artis yang juga bernaung di syarikat pengurusan yang sama.
Menurut bekas pramugari syarikat penerbangan Air Asia ini, dia telah berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama namun sekarang lain pula yang berlaku.
Untuk Uqasha yang ternyata masih baru di dalam bidang lakonan, jagalah identiti anda sebagai pelakon agar menjadi pelakon yang dihormati kelak, mana tahu anda pula yang akan tercalon di Anugerah Bintang Popular Berita Harian tahun hadapan bukan?