fbpx

Hubungan Johnny Depp Dan Amber Heard Semakin Intim Selepas Sah Berpisah

Awal minggu ini, Johnny Depp membuat pengakuan yang hubungan beliau bersama Vanessa Paradis telah pun berakhir sekaligus menamatkan spekulasi sejak awal tahun ini.

Vanessa Paradis juga di’khabarkan bakal menerima £100 juta daripada Johnny Depp hasil perpisahan mereka & mungkin yang terbesar untuk pasangan yang belum berkahwin.

Sementara itu, Johnny Depp kini khabarnya semakin intim dengan Amber Heard yang juga pelakon bersama dalam filem The Rum Diary sekitar tahun lalu.

Amber Heard di’katakan sering hadir ke lokasi penggambaran filem terbaru Johnny Depp, The Lone Ranger di New Mexico dan hubungan mereka nampak lebih dari sekadar rakan.

Khabarnya juga Johnny Depp telah membeli seekor kuda buat Amber Heard baru baru ini supaya mereka boleh menunggang bersama sebagai hobi.